Saturday, 28 September 2013

PEMULIHARAAN SUMBER TENAGA

KEPENTINGAN PEMULIHARAAN SUMBER TENAGA

Kepentingan pemuliharaan sumber tenaga ialah dapat mengelakkan pembaziran tenaga dengan amalan yang teliti dan bijaksana. Selain itu, dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar daripada tercemar dengan asap-asap terutama sekali asap-asap dari kenderaan yang semakin bertambah di bumi ini. Di samping itu, dapat mengekalkan sumber tenaga dengan lebih lama.

PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN SUMBER TENAGA YANG CEKAP

Antara penggunaan dan pengurusan sumber dengan cekap ialah menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui berbanding sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Ini kerana sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui telah banyak habis dan mengambil masa yang lama untuk menghasilkannya semula seperti petroleum. Di samping itu, menggunakan perkakas elektrik dengan berhemah dan berjimat. Seterusnya, menggosok banyak pakaian dalam satu masa untuk mengurangkan tenaga elektrik. Akhir sekali, berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau menggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan udara dari tercemar  

Monday, 9 September 2013